Khamis, 24 Mac 2011
belum mengantuk
Aku tersilap idur petang tadi maka sampai sekarang mata tak mengantuk. Esok ada taklimat dari pihak nuklear malaysia berkenaan kebocoran radiasi di Jepun sekarang. Aku mesti hadir kerana penyelia aku akan hadir dan aku kan nak pergi jepun. Tadi dapat berita baik dari penyelia kedua aku. Aku tak payah lagi buat simulasi teras reaktor bersama bahan apinya. Kepala aku hampir nak pecah cuba buat simulasi tu sedangkan research aku diluar dari teras reaktor. Petang tadi aku terserempak dengan bekas penyelia lapangan aku dari nuklear malaysia (Dr. Muhamat Omar) di masjid usm. Dia datang mengajar kelas pelajar kelolaan IAEA. Minggu lepas penyelia utama aku pun ajar pelajar yang sama. Apa hikmah pertemuan ini hanya Allah yang tahu. Dia masih seperti dulu, periang dan penuh informasi. Semasa kami sedang berbual2, Bob Lokman (artis yang masuk pas) lalu dengan tongkatnya. Dr. Muhamat beritahu yang Bob Lokman adalah keturunan Tok Kenali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan