AlhamduliLlah. Syukur. Permohonan kami untuk aku tinggal selama dua bulan di universiti Hokkaido telah lulus. Cuma sekarang tunggu kelulusan funding untuk tiket penerbangan dari USM saja. Harap2 krisis radioaktif di Tokyo akan berakhir sebelum aku bertolak ke sana kerana aku mesti transit di Tokyo dulu. Sekarang ni tengah salin semua fail kemudiannya aku akan balik rumah di Selangor. Ambil masa yang lama untuk salin kerana failnya besar. Masalah budget untuk research aku pun mungkin dah selesai kerana kami telah mendapat funding dari USM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan