Selasa, 29 Mac 2011

kerdil

aku merasa begitu kerdil sekarang ini. Mungkin Allah mahu sedarkan aku yang mula bongkak dengan segala kejayaanku. Kini aku diuji dengan pelbagai kepayahan dan kegagalan untuk menggapai ijazah tertinggi di dalam pendidikan. Mungkin juga untuk mengingatkan aku bila berjaya nanti bahawa kejayaan ini bukan kerana aku tapi kerana pertolongan insan2 lain. Mentorku pernah berpesan bahawa memegang ijazah PhD bukan bermakna kita sudah tahu segalanya dan lebih dari orang lain. Atau adakah niatku telah terpesong dari landasan kekudusan dalam menimba ilmu. Di dalam dunia yang mencabar kini, mudah saja manusia tergelincir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan