Selasa, 22 Februari 2011

buka blog sendiri

tak tulis alamat blog sebab ingatkan senang nak buka blog sendiri. rupanya susah juga. nasib baik dapat juga buka. baru ada masa nak menulis balik. masih tak dapat selesaikan masalah geometri simulasi aku. Dr. Eid pula ada masalah jantung dan mungkin perlu berehat lama. Berita baiknya, program aku tinggal di hokkaido, Jepun berjalan lancar dan mungkin akan jadi kenyataan. Sekarang ini aku menunggu kelulusan dari Universiti Hokkaido. Cadangnya, aku akan kesana bulan november dan disember ini. dapat lah aku main salji di sana nanti. cuma aku risau makanan di sana nanti, kerana ramai yang beritahu susah nak cari makanan halal. Satu lagi nak menyaingi intelektual mereka. nampaknya kena belajar bahasa jepun ni. lupa nak beli kamus Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan