Rabu, 30 Mac 2011

lapar

Lapar pula rasa perut aku ni. Nampaknya kena makan dulu sebelum balik. Minggu depan nak kena datang balik. Dah lah duit semakin kurang. Timba ilmu ni memang perlukan banyak duit. Kena pergi sana sini. Minyak kereta campur tol lagi. Silap2 kena saman. Satu saman beratus kena bayar. Tak bayar kan kena senarai hitam. Harap2 usaha pihak yang menentang saman ekor ni berjaya. Baiklah proses menyalin dah siap. Aku nak beredar sekarang.

balik ke tidur

Nak balik terus atau tidur sini dulu. Salin fail ni tak siap2 lagi. Lama betul. Jam dah hampir satu setengah pagi.

hokkaido

AlhamduliLlah. Syukur. Permohonan kami untuk aku tinggal selama dua bulan di universiti Hokkaido telah lulus. Cuma sekarang tunggu kelulusan funding untuk tiket penerbangan dari USM saja. Harap2 krisis radioaktif di Tokyo akan berakhir sebelum aku bertolak ke sana kerana aku mesti transit di Tokyo dulu. Sekarang ni tengah salin semua fail kemudiannya aku akan balik rumah di Selangor. Ambil masa yang lama untuk salin kerana failnya besar. Masalah budget untuk research aku pun mungkin dah selesai kerana kami telah mendapat funding dari USM.  

Selasa, 29 Mac 2011

sakit perut

Dah tiga empat hari aku sakit perut. Aku syak sebab aku makan nasi goreng padkapau. itulah gatal nak cuba nasi goreng baru yang tak pernah aku dengar. Dalam nasi goreng ni dia hiris ayam halus2 kemudian digaul dengan cili yang dipotong halus2 juga. Pedasnya hanya tuhan yang tahu. Aku hanya makan sikit ayam tersebut kebetulan dia asingkan nasi dengan ayam. rasanya pun taklah sedap pun dan harganya boleh tahan mahal. Selepas itu perut aku mula memulas2 macam nak terbelit. Makan ubat pun tak mahu hilang.

pukul satu pagi

Dah pukul satu pagi tapi bayang Dr. Eid pun tak nampak. Dia ni nak datang ke tak. Kata nak datang, suruh tunggu. Ingat aku tunggul ke apa. Kalau ikutkan hati memang aku dah balik dah. Tapi inilah ujian dalam menimba ilmu. Semoga Allah beri aku kesabaran yang cukup tinggi untuk aku harungi semua ini.

kerdil

aku merasa begitu kerdil sekarang ini. Mungkin Allah mahu sedarkan aku yang mula bongkak dengan segala kejayaanku. Kini aku diuji dengan pelbagai kepayahan dan kegagalan untuk menggapai ijazah tertinggi di dalam pendidikan. Mungkin juga untuk mengingatkan aku bila berjaya nanti bahawa kejayaan ini bukan kerana aku tapi kerana pertolongan insan2 lain. Mentorku pernah berpesan bahawa memegang ijazah PhD bukan bermakna kita sudah tahu segalanya dan lebih dari orang lain. Atau adakah niatku telah terpesong dari landasan kekudusan dalam menimba ilmu. Di dalam dunia yang mencabar kini, mudah saja manusia tergelincir.

tunggu

aku sedang tunggu Dr. Eid datang ke lab untuk siapkan simulasi aku. Aku harap boleh siap malam ini agar esok aku boleh balik rumah. Aku sorang2 saja kat lab ni. Saleh (arab) tak datang pula malam ni. Kalau tidak kurang sikit mengantuk bila dapat berborak dan bergurau dengannya. Aku dah semakin rapat dengan Saleh ni. Rasanya dia seorang kawan yang baik walaupun kami berlainan bangsa. Cuma ada masalah bahasa sikit bila aku nak berkomunikasi dengannya. Beberapa hari lepas, aku cuba ajar dia serba sedikit bahasa melayu sebab dia ada ujian untuk kelas bahasanya. Rupanya dari segi penulisan, dia tak lah teruk sangat.

Isnin, 28 Mac 2011

Dr. Anuar Ab. Rahim

Bila melalui pelbagai kesukaran di dalam pengajian (PhD) ku ini aku mula semakin rindu kepada mentorku Dr. Anuar. Dialah yang banyak membantu aku semasa aku membuat MSc. dulu. Aku percaya dialah seorang yang tiada titik hitam di hatinya. Bila bersamanya, aku dapat rasakan sifat pengasih dan penyayangnya yang tiada sempadan. Pandangan matanya tidak pernah cuba untuk menghakimi aku tidak seperti kebanyakan orang yang terlebih dulu cuba menghakimi orang lain termasuk aku sendiri. Hanya pancaran kasih sayang yang memancar dari kedua matanya.

tak boleh balik lagi

bil aku cakap nak balik barulah Dr. Eid nak datang tolong. Tapi tak selesai juga malam ini, jadi kena sambung esok. nampaknya esok belum boleh balik lagi. pukul satu setengah aku pergi makan kat kayu. kebetulan ada siaran ulangan bola antara jerman dengan kazakhstan. Sempatlah aku tengok sekejap tapi tak boleh lama kerana nak tidur awal sebab pagi esok nak sambung kerja.Awal apa ke benda! sampai sekafrang tak tidur lagi.

Sabtu, 26 Mac 2011

tak datang

malam ini sepatutnya Dr. Eid tolong aku selesaikan masalah simulasi aku. Tapi dia telefon beritahu dia ada tamu dirumahnya maka perlu ditunda kepada esok. Aku balik asrama pukul dua pagi. ingat nak tidur tapi tak boleh. Aku pun baca berita diinternet. Sampai pukul 4, perut pun berkeroncong maka aku keluar ke kayu. Balik dari kayu aku pergi kemakmal sekejap. Tapi tak boleh tahan mata mengantuk lalu aku balik ke asrama. Di depan blok aku ada 3 ekor anjing yang besar maka aku terpaksa masuk melalui pintu yang jauh.

skype

skype aku tiba2 tak boleh diguna, asyk dok signing saja. Adakah kerana perkara yang aku post ini barlaku.

black out

malam semalam dah banyak benda aku taip tapi tiba2 bilik aku black out maka habis hilang. Antaranya berkenaan Dr. Khiruddin yang duduk dekat dengan aku masa taklimat. Hari ini pun aku berselisih dengan dia dua kali di masjid. Nampknya aku memang ada jodoh dengan dia. Apa perancangan Allah aku tak tahu. Kita tunggu sama2.
Keduanya, hubungan aku dengan kawan baikku di kampung (Azman Ishak). Ketiganya, pembetulan berkenaan berita baik sebelum itu. Baik post dulu takut2 black out lagi.

Khamis, 24 Mac 2011

sambungan

Mari kita sambung balik. Tadi pergi kedai mamak (kayu) sebab perut berbunyi. Tunggu bilal azan subuh. Hari ni minta2 terserempak dengan Dr. Khiruddin. Aku nak tanya kenapa dia asyik pandang aku semacam saja. Apa yang dia tak puas hati. Dengarnya dia baik dengan penyelia utama aku. Ke dia jadi pemerhati bagi pihak Prof. Aziz. Aku penat2 senyum bukanya dia nak balas. Hati aku sekarang ni rasa nak balik selangor je. Anak aku yang sulung demam, yang bongsu pula kena bertih (chicken pox). Ya Allah tabahkan aku hadapi dugaan ini. Mata aku asyik terbayangkan anak2ku. Dan ibunya juga. Semakin aku telefon semakin rindu. ok lah aku nak pergi mandi untuk solat subuh.

belum mengantuk

Aku tersilap idur petang tadi maka sampai sekarang mata tak mengantuk. Esok ada taklimat dari pihak nuklear malaysia berkenaan kebocoran radiasi di Jepun sekarang. Aku mesti hadir kerana penyelia aku akan hadir dan aku kan nak pergi jepun. Tadi dapat berita baik dari penyelia kedua aku. Aku tak payah lagi buat simulasi teras reaktor bersama bahan apinya. Kepala aku hampir nak pecah cuba buat simulasi tu sedangkan research aku diluar dari teras reaktor. Petang tadi aku terserempak dengan bekas penyelia lapangan aku dari nuklear malaysia (Dr. Muhamat Omar) di masjid usm. Dia datang mengajar kelas pelajar kelolaan IAEA. Minggu lepas penyelia utama aku pun ajar pelajar yang sama. Apa hikmah pertemuan ini hanya Allah yang tahu. Dia masih seperti dulu, periang dan penuh informasi. Semasa kami sedang berbual2, Bob Lokman (artis yang masuk pas) lalu dengan tongkatnya. Dr. Muhamat beritahu yang Bob Lokman adalah keturunan Tok Kenali.