Selasa, 22 Februari 2011

buka blog sendiri

tak tulis alamat blog sebab ingatkan senang nak buka blog sendiri. rupanya susah juga. nasib baik dapat juga buka. baru ada masa nak menulis balik. masih tak dapat selesaikan masalah geometri simulasi aku. Dr. Eid pula ada masalah jantung dan mungkin perlu berehat lama. Berita baiknya, program aku tinggal di hokkaido, Jepun berjalan lancar dan mungkin akan jadi kenyataan. Sekarang ini aku menunggu kelulusan dari Universiti Hokkaido. Cadangnya, aku akan kesana bulan november dan disember ini. dapat lah aku main salji di sana nanti. cuma aku risau makanan di sana nanti, kerana ramai yang beritahu susah nak cari makanan halal. Satu lagi nak menyaingi intelektual mereka. nampaknya kena belajar bahasa jepun ni. lupa nak beli kamus Jepun.

Isnin, 7 Februari 2011

real madrid

malam tadi lebih bernasib baik, aku dapat tengok real madrid main. lama dah teringin nak tengok terutama Ozil, main. Tapi bila terfikirkan apa pula timbal balas darinya hari ini. hati jadi risau. sebagai manusia, tidak akan sentiasa bernasib baik dan tidak akan sentiasa bernasib buruk. Biasanya setiap yang buruk itu adalah untuk dibalas dengan kebaikan yang lebih besar. ya Allah kasihanilah aku.......jauhi aku dari segala keburukan.........Amin....

Ahad, 6 Februari 2011

malang

Tadi tok guru mcnp (penyelia kedua) aku beritahu dia tak disambung kontrak dan akan balik ke jordan 8 bulan lagi. maknanya aku kena buat simulasi sendiri terutama kcode criticality.

waktu subuh

waktu subuh kat usm ni pukul berapa? tak ada dengar bilal azan pun. jam dah pukul 6.15 ni. ha...panjang pun umur.......baru azan. ok aku nak pergi masjid dulu.

MU lawan Wolves

Aku baru balik dari kedai mamak, ada siaran langsung bola MU lawan Wolves. Lama tak tengok MU. Sayangnya masa aku balik tadi MU kalah 2-1.

Sabtu, 5 Februari 2011

combine core dengan thermal column

AlhamduliLlah, aku dapat combine kan core dari Hairie dengan TC dari Dr. Eid. Cuma masalahnya, source nya tidak berfungsi dan kesilapan geometri TC masih belum diselesaikan. Bolehkah aku siapkan simulasi ini dalam masa sebulan?? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

pertama kali

Seronok rasanya bila dah ada blog sendiri ni. Dapatlah aku tulis apa2 saja. Sekarang ni aku tengah angau rindu kat keluarga di Selangor. Mungkin isnin depan boleh balik. cadangnya nak balik hari ni atau esok tapi kerja tak siap2 lagi. Pening kepala nak selesaikan masalah geometri reaktor ni. Dulu masa spm minat betul jawab soalan plan. Sekarang baru teruji skil planning aku.