Sabtu, 30 April 2011

mana nak cari

dr Eid suruh aku cari dua point dalam teras reaktor yang digunakan sebagai neutron pencetus kepada tindakbalas dalam teras. mana lah aku nak cari ni. siapakah yang ada maklumat ini. lambat lagi nampaknya simulasi aku nak siap.

mengantuk

mengantuknya mata aku sedangkan banyak kerja nak kena buat. Malam tadi aku tidur awal tapi lepas subuh aku tak dapat tidur kerana sakit perut. maknanya aku hanya tidur selama 4 jam. cuma aku tidur sekejap2 hari ni sambil tunggu Dr. Eid.

Sakit hati

Aku dah sakit hati sangat dengan penyelia kedua aku ni. Dah lah aku tunggu dia dari pagi. Bila dia datang, dia boleh pergi layan saleh sedangkan aku kat sini macam tunggul menunggu dia. Kalau sekejap tak apa juga, ini dah dekat sejam. Kalau ikutkan hati memang aku balik selangor saja. Banyak masa aku terbuang di sini. Kadang2 rasa nak mengadu pada Prof. Aziz. Tapi nanti apa kata Prof. Aziz. Mungkin dia kata aku tak mengenang budi.

nandos

Malam tadi saleh belanja aku makan di nandos. Ini adalah kali pertama aku makan di nandos. Aku terpikat dengan makanannya yang sedap dan berbeza dari kedai2 yang pernah aku makan. kami makan nasi berlaukkan ayam panggang dan burger ayam panggang. Semasa makan saleh banyak bertanya tentang bahasa inggeris dan kaedah terbaik untuk dia belajar inggeris. Dia tertarik bila aku beritahu yang aku belajar inggeris dari movie dan muzik.

Khamis, 28 April 2011

dikelate

prof. Aziz sekarang di kelate. Dia e-mel aku siang tadi. Tanya berkenaan surat jemputan hokkaido. Nampaknya dia lebih bersungguh agar aku dapat pergi ke hokkaido.

real madrid

Malam tadi aku dapat tengok real madrid lawan barca. Yang tak seronoknya, real macam tak bermaya bila bertemu barca. Ditambah pula kesilapan jurulatihnya, jose mourinho yang keluarkan ozil pada separuh masa kedua. Geram aku bertambah bila kebanyakan penonton di kayu sokong barca. rasa macam nak tempeleng sorang2.

dah kurang

rasa mengantuk dah kurang sikit. mungkin aku boleh pergi tengok bola sekejap lagi