Khamis, 5 Mei 2011

kawan karib

Aku baru lepas turun minum kopi dengan saleh di kios fakulti. Saleh bercakap tentang persahabatan dan anggap aku kawan dia. Dia kata dia tak akan lupakan aku. Aku rasa tersentuh. Aku tak sangka dia begitu serius nak berkawan dengan aku. Aku pun bersyukur dapat kawan yang baik dan soleh seperti dia. Terima kaasih Ya Allah.

elaun

Petang tadi Dr. Eid beritahu berita baik tapi belum sah lagi. Aku mungkin akan dapat elaun setiap bulan. Lega rasanya. Ringan sikit beban kewangan aku. Tak perlu lagi berjimat cermat.

mu

Pagi tadi aku tengok mu lawan schalke. Perlawanan menarik dan mu menguasai dan mereka sumbat dua gol berbalas satu pada separuh masa pertama. Aku hanya tengok separuh masa pertama kerana penat dan tak mahu duduk lama kat kedai mamak.

budak2 brazil

Dalam al-jazeera ada video tentang budak2 brazil cari duit dengan bergantung pada kapal laut pelancong untuk jual barang. Sangat2 mengerikan, mereka cuma menaiki sampan yang kecil. Satu sampan dua orang. Mereka tunggu kapal2 itu lalu kemudian menyangkut besi bertali pada kapal. Mereka akan dipecut oleh kapal yang sedang laju. Mereka bersabung nyawa hanya untuk beberapa reeal. 

surat aluan

aku masih menunggu surat alu-aluan dari Hokkaido. Adakah aku perlu e-mel sekali lagi kepada Prof. Kiyanagi. Nanti apa pula kata dia. Aku dah beritahu sekali atau dua kali yang aku perlukan surat itu untuk mohon pembiayaan perjalanan aku ke hokkaido.

mu

Malam ni mungkin dapat tengok mu lawan schalke. Selepas maghrib aku tidur sampai 1 pagi. Malam kelmarin aku tengok real madrid lawan barcelona. Aku tengok separuh masa pertama saja kerana aku tahu real madrid akan kalah. Barcelona bermain dengan sangat sempurna untuk real kalahkan mereka. Hantaran2 mereka jatuh tepat ke kaki dan sangat tersusun. Perut dah rasa lapar ni. Tapi belum 2.30 lagi. Aku bercadang nak tengok separuh masa kedua saja. Nampaknya kena pergi awal.

Ahad, 1 Mei 2011

sumber titik

Syukur, AlhamduliLlah. Aku berjaya simulasikan dua sumber neutron titik dalam teras. Aku dapat 'run' dan tunjuk 'particle display' dalam vised.