Rabu, 27 April 2011
prof Aziz
Masih belum terima apa2 e-mel dari prof. Aziz. Selalunya dia akan balas e-mel aku walau untuk memberitahu yang dia dah terima e-mel aku. Mungkin dia sangat sibuk sekarang ini. Adakah dia masih di shanghai, china atau sudah balik ke malaysia. Terima kasih ya Allah kerana berikan aku seorang penyelia yang begitu baik hati dan memahami. Tanpanya, mungkin aku sudah berputus asa.
importance
Banyak nya kerja nak buat. Nak kena tentukan importance bagi setiap sel supaya neutron sampai ke sel yang diingini. Setiap sel kena buat beberapa kali dan setiap kali kena 'run' selama 15 minit. Kalau 'history' tak selesai, maka lebih lama.
kurus
Apakah aku semakin kurus? Cincin berlian yang aku pakai semakin longgar hingga aku perlu pakai pada jari tengah. Tapi aku tak nampak kurus pun. Mungkinkah kerana beban pengajian PhD aku.
kelate vs selangor
Malam tadi aku pergi kedai makan thai. Ingatkan boleh tengok bola antara kelate lawan selangor. Rupanya dia pasang drama. Tak dapatlah aku tengok. Tapi dalam berita hari ini, kelate menang. Malam ini aku nak cuba tengok real madrid lawan barcelona, lagi hebat.
tunggu e-mel
Aku tengah tunggu e-mel dari Prof. Aziz. Entah kenapa dia tak balas e-mel aku kelmarin. Aku beritahu dia yang ips, usm tak nak 'proceed' permohonan aku untuk funding perjalanan aku ke hokkaido jika tak ada surat jemputan. Di samping itu mereka nak 5 salinan proposal aku. Saja nak menyusahkan atau memang tak mahu luluskan. Bukannya banyak aku minta. mungkin aku perlu cari sumber lain.
cikgu inggeris
Aku sekarang dah jadi cikgu bahasa inggeris pula. Aku tolong saleh betulkan bahasa tesisnya. Dengan itu aku dapat mengulangkaji skil bahasa inggeris aku. Walaupun kadang2 pening dibuatnya.
kak Rus
Petang kelmarin aku berselisih dengan kak rusmahayuni. Aku sedang berjalan kaki ke fakulti tiba2 terdengar hon kereta sebanyak dua kali. Bila aku berpaling, aku nampak kak rus di dalam kereta kancilnya. Dia tersenyum lebar. Nampaknya dia gembira sekarang. Dengarnya dia sekarang bekerja sebagai RA sambil membuat PhD di USM selepas berhenti dari unisel. Inilah kali pertama aku terserempak dengnnya selepas dia berhenti.
Langgan:
Catatan (Atom)