Sabtu, 30 April 2011
mana nak cari
dr Eid suruh aku cari dua point dalam teras reaktor yang digunakan sebagai neutron pencetus kepada tindakbalas dalam teras. mana lah aku nak cari ni. siapakah yang ada maklumat ini. lambat lagi nampaknya simulasi aku nak siap.
mengantuk
mengantuknya mata aku sedangkan banyak kerja nak kena buat. Malam tadi aku tidur awal tapi lepas subuh aku tak dapat tidur kerana sakit perut. maknanya aku hanya tidur selama 4 jam. cuma aku tidur sekejap2 hari ni sambil tunggu Dr. Eid.
Sakit hati
Aku dah sakit hati sangat dengan penyelia kedua aku ni. Dah lah aku tunggu dia dari pagi. Bila dia datang, dia boleh pergi layan saleh sedangkan aku kat sini macam tunggul menunggu dia. Kalau sekejap tak apa juga, ini dah dekat sejam. Kalau ikutkan hati memang aku balik selangor saja. Banyak masa aku terbuang di sini. Kadang2 rasa nak mengadu pada Prof. Aziz. Tapi nanti apa kata Prof. Aziz. Mungkin dia kata aku tak mengenang budi.
nandos
Malam tadi saleh belanja aku makan di nandos. Ini adalah kali pertama aku makan di nandos. Aku terpikat dengan makanannya yang sedap dan berbeza dari kedai2 yang pernah aku makan. kami makan nasi berlaukkan ayam panggang dan burger ayam panggang. Semasa makan saleh banyak bertanya tentang bahasa inggeris dan kaedah terbaik untuk dia belajar inggeris. Dia tertarik bila aku beritahu yang aku belajar inggeris dari movie dan muzik.
Khamis, 28 April 2011
dikelate
prof. Aziz sekarang di kelate. Dia e-mel aku siang tadi. Tanya berkenaan surat jemputan hokkaido. Nampaknya dia lebih bersungguh agar aku dapat pergi ke hokkaido.
real madrid
Malam tadi aku dapat tengok real madrid lawan barca. Yang tak seronoknya, real macam tak bermaya bila bertemu barca. Ditambah pula kesilapan jurulatihnya, jose mourinho yang keluarkan ozil pada separuh masa kedua. Geram aku bertambah bila kebanyakan penonton di kayu sokong barca. rasa macam nak tempeleng sorang2.
mengantuk
mata dah rasa mengantuk ni. nampaknya tak dapatlah aku tengok real madrid lawan barcelona malam ni. aku akan cuba juga berjaga selagi upaya
speaker
sayang tak ada speaker pada pc ni. kalau tidak bolehlah aku tengok movie sambil tunggu mcnp 'run'. nampaknya aku kena beli speaker sendiri ni. masalahnya duit tengah kurang ni.
surat jemputan
Aku masih menunggu surat jemputan dari universiti hokkaido. Aku dah minta lama dari prof. Kiyanagi dan kelmarin aku minta dari setiausahanya pula.
orang mesir
Saleh beritahu aku yang orang mesir takkan kata tidak tahu. Walaupun mereka tidak tahu, mereka akan cuba jawab. Bagi mereka lebih baik salah dari tidak dapat jawab.
Rabu, 27 April 2011
Saleh
Sekarang aku tidak sunyi dan 'kesik' lagi di makmal kerana saleh ada bersama aku untuk sama2 belajar.
prof Aziz
Masih belum terima apa2 e-mel dari prof. Aziz. Selalunya dia akan balas e-mel aku walau untuk memberitahu yang dia dah terima e-mel aku. Mungkin dia sangat sibuk sekarang ini. Adakah dia masih di shanghai, china atau sudah balik ke malaysia. Terima kasih ya Allah kerana berikan aku seorang penyelia yang begitu baik hati dan memahami. Tanpanya, mungkin aku sudah berputus asa.
importance
Banyak nya kerja nak buat. Nak kena tentukan importance bagi setiap sel supaya neutron sampai ke sel yang diingini. Setiap sel kena buat beberapa kali dan setiap kali kena 'run' selama 15 minit. Kalau 'history' tak selesai, maka lebih lama.
kurus
Apakah aku semakin kurus? Cincin berlian yang aku pakai semakin longgar hingga aku perlu pakai pada jari tengah. Tapi aku tak nampak kurus pun. Mungkinkah kerana beban pengajian PhD aku.
kelate vs selangor
Malam tadi aku pergi kedai makan thai. Ingatkan boleh tengok bola antara kelate lawan selangor. Rupanya dia pasang drama. Tak dapatlah aku tengok. Tapi dalam berita hari ini, kelate menang. Malam ini aku nak cuba tengok real madrid lawan barcelona, lagi hebat.
tunggu e-mel
Aku tengah tunggu e-mel dari Prof. Aziz. Entah kenapa dia tak balas e-mel aku kelmarin. Aku beritahu dia yang ips, usm tak nak 'proceed' permohonan aku untuk funding perjalanan aku ke hokkaido jika tak ada surat jemputan. Di samping itu mereka nak 5 salinan proposal aku. Saja nak menyusahkan atau memang tak mahu luluskan. Bukannya banyak aku minta. mungkin aku perlu cari sumber lain.
cikgu inggeris
Aku sekarang dah jadi cikgu bahasa inggeris pula. Aku tolong saleh betulkan bahasa tesisnya. Dengan itu aku dapat mengulangkaji skil bahasa inggeris aku. Walaupun kadang2 pening dibuatnya.
kak Rus
Petang kelmarin aku berselisih dengan kak rusmahayuni. Aku sedang berjalan kaki ke fakulti tiba2 terdengar hon kereta sebanyak dua kali. Bila aku berpaling, aku nampak kak rus di dalam kereta kancilnya. Dia tersenyum lebar. Nampaknya dia gembira sekarang. Dengarnya dia sekarang bekerja sebagai RA sambil membuat PhD di USM selepas berhenti dari unisel. Inilah kali pertama aku terserempak dengnnya selepas dia berhenti.
Sabtu, 9 April 2011
sambung lagi bj
Happy= Shiawase
Sad =Kanashii
Shocked = Bikkuri
Laughing=Warau
Mad = Mukatsuku
Embrassed = Hazukashii
Ahad=NICHIyoubi
Isnin=GETSUyoubi
Selasa=KAyoubi
Rabu=SUIyoubi
Khamis=MOKUyoubi
Jumaat=KINyoubi
Sabtu=DOyoubi
NICHI=Matahari
GETSU=Bulan
KA=Api
SUI=Air
MOKU=Kayu
KIN=Emas
DO=Tanah
makan:tabemasu
minum:nomimasu
tidur:nemasu
duduk:suwarimasu
berjalan:arukimasu
lihat:mimasu
mandi:abimasu
beli:kaimasu
jual:urimasu
hantar:okurimasu
beri:agemasu
terima:moraimasu
sampai(barang):todokimasu
oishi = SEDAP
kantan = SENANG / MUDAH
muzukashi = SUSAH / PAYAH
Ahad=NICHIyoubi
Isnin=GETSUyoubi
Selasa=KAyoubi
Rabu=SUIyoubi
Khamis=MOKUyoubi
Jumaat=KINyoubi
Sabtu=DOyoubi
NICHI=Matahari
GETSU=Bulan
KA=Api
SUI=Air
MOKU=Kayu
KIN=Emas
DO=Tanah
makan:tabemasu
minum:nomimasu
tidur:nemasu
duduk:suwarimasu
berjalan:arukimasu
lihat:mimasu
mandi:abimasu
beli:kaimasu
jual:urimasu
hantar:okurimasu
beri:agemasu
terima:moraimasu
sampai(barang):todokimasu
oishi = SEDAP
kantan = SENANG / MUDAH
muzukashi = SUSAH / PAYAH
Jumaat, 8 April 2011
sambung bj
Arigatougozaimas= terima kasih.
Arewa nangdeska. = Itu apa?
Wakarimaska= faham tak?
Arewa nangdeska. = Itu apa?
Wakarimaska= faham tak?
arigatougozaimas= Terima kasih.
douitashimashite= Sama-sama.
Ohisashiburidesne= Lama tak jumpa..
sayounara= Selamat tinggal/Bye!
1 = ichi 6 = roku
2 = ni 7 = nana/shichi
3 = san 8 = hachi
4 = yong/shi 9 = kiu/ku
5 = go 10 = ju
11 = juichi 16 = juroku
12 = juni 17 = junana/jushichi
13 = jusan 18 = juhachi
14 = juyong/jushi 19 = jukiu/juku
15 = jugo 20 = niju
Wakaranai- x tau
nai - tau
Sumimasen- Mintak Maaf
Gohan - Nasi
Damek - rosak@reject
sayonara = selamat tinggal (perpisahan jangka masa yang lama)
jaane = selamat tinggal ( untuk perpisahan yang singkat/ seharian)
ganbatte : berusaha
* sensei: cikgu
* suteki : indahnya.
* taiyou : matahari
*namida : tangis
* uta : lagu
* rakan-rakan : tomodachi @ nakama (kawan seangkatan)
douitashimashite= Sama-sama.
Ohisashiburidesne= Lama tak jumpa..
sayounara= Selamat tinggal/Bye!
1 = ichi 6 = roku
2 = ni 7 = nana/shichi
3 = san 8 = hachi
4 = yong/shi 9 = kiu/ku
5 = go 10 = ju
11 = juichi 16 = juroku
12 = juni 17 = junana/jushichi
13 = jusan 18 = juhachi
14 = juyong/jushi 19 = jukiu/juku
15 = jugo 20 = niju
Wakaranai- x tau
nai - tau
Sumimasen- Mintak Maaf
Gohan - Nasi
Damek - rosak@reject
sayonara = selamat tinggal (perpisahan jangka masa yang lama)
jaane = selamat tinggal ( untuk perpisahan yang singkat/ seharian)
ganbatte : berusaha
* sensei: cikgu
* suteki : indahnya.
* taiyou : matahari
*namida : tangis
* uta : lagu
* rakan-rakan : tomodachi @ nakama (kawan seangkatan)
bahasa jepun
Ohaiyougozaimas = selamat pagi
konnichiwa = selamat petang
konbangwa= selamat malam
Onamaewa= Siapa nama awak?
Watashiwa Anades= Saya Ana.
konnichiwa = selamat petang
konbangwa= selamat malam
Onamaewa= Siapa nama awak?
Watashiwa Anades= Saya Ana.
Ogengkideska= Awak sihat ke?
hai, gengkides= Ya, sihat.
iie watashiwa gengkidewaarimasen= Tidak, saya tak sihat.
* Kalau ya= hai.
Kalau tidak= iie
Cara nak sebut iie = 'e' bunyi seperti 'yek'.
hai, gengkides= Ya, sihat.
iie watashiwa gengkidewaarimasen= Tidak, saya tak sihat.
* Kalau ya= hai.
Kalau tidak= iie
Cara nak sebut iie = 'e' bunyi seperti 'yek'.
kopi
Di sekolah pengajian fizik, usm ni ada mesin teller kopi dan teh. Kopinya boleh tahan dan harganya murah, lebih sedap dari kopi di kedai2 makan di usm. Bagi kopi tongkat ali campur ginseng, harganya 90 sen berbanding di kedai yang paling kurang rm2.
kunci
Aku akan balik ke selangor malam ni selepas perbincangan dengan Dr. Eid sekejap lagi. Aku dah pulangkan kunci bilik hostel petang tadi supaya Dr. Eid terpaksa benarkan aku balik. Simulasi aku dah hampir siap. AlhamduliLlah. Terima kasih ya Allah. Walaupu dengan segala kelemahan, akhirnya aku berjaya siapkan dengan bantuan2 hambamu.
berjaya lagi
Nampaknya gabungan teras reaktor asal dengan thermal column juga berjaya. Dr. Eid cakap result dari dua gabungan ini akan di analisa untuk menghasilkan satu hasil kajian dan akan dibentangkan di konferen ataupun jurnal. Dr. Eid pasti terkejut dengan kejayaan aku ini. Masalahnya, mana Dr. Eid???
berjaya juga akhirnya
Akhirnya kami berjaya gabungkan teras reaktor dengan thermal column. Sekarang kami akan cuba untuk guna teras reaktor yang asal tanpa sebarang perubahan.
Langgan:
Ulasan (Atom)