Anak Solleh
Isnin, 23 Mei 2011
ssr
ssw card dah selesai, sekarang masalah ssr pula. Entah kenapa weight bagi neutron jadi sifar lalu tak boleh nak run. Sangat2 pelik. Macam2 cara aku cuba buat tapi tak berjaya. Dr. Eid pun pening dibuatnya. Aku cuba tanya pakar2 dalam mcnp forumn tapi sorang pun tak jawab. Cuma tinggal sorang saja lagi yang aku boleh tanya iaitu Dr. Fujio Hiraga. Nak tunggu aku pergi jepun lambat lagi. Nampaknya aku kena e-mel Dr. Hiraga sebagai usaha terakhir.
Rabu, 18 Mei 2011
AlhamduliLlah
Syukur AlhamduliLlah, ssw card aku dah siap untuk di'run'. Aku perlu 'run' selama sebulan untuk dapatkan maklumat bilangan neutron yang melalui surface yang aku pilih. Surface ini kemudiannya akan aku jadikan surface souce untuk aku gunakan selepas ini. Jadi aku tak perlu lagi bermula dari teras reaktor yang akan mengambil masa yang panjang. Tujuannya adalah untuk memendekkan masa 'run'.
Khamis, 5 Mei 2011
lapar
perut dah rasa lapar tapi saleh minta keluar pukul 11 sebab dia nak ikut sama. Demi persahabatan baru maka aku pun setuju. Aku cuba belajar menjadi sahabat yang baik.
baby
Aku baru telefon isteri aku. Dia beritahu aku kemungkinan besar akan dapat baby lagi. Syukur AlhamduliLlah. Rezeki datang bertimpa2. Nampaknya aku perlu buat persiapan mental dan fizikal. Perlu lebih stamina kerana pada masa sama aku kena siapkan PhD aku.
kawan karib
Aku baru lepas turun minum kopi dengan saleh di kios fakulti. Saleh bercakap tentang persahabatan dan anggap aku kawan dia. Dia kata dia tak akan lupakan aku. Aku rasa tersentuh. Aku tak sangka dia begitu serius nak berkawan dengan aku. Aku pun bersyukur dapat kawan yang baik dan soleh seperti dia. Terima kaasih Ya Allah.
elaun
Petang tadi Dr. Eid beritahu berita baik tapi belum sah lagi. Aku mungkin akan dapat elaun setiap bulan. Lega rasanya. Ringan sikit beban kewangan aku. Tak perlu lagi berjimat cermat.
mu
Pagi tadi aku tengok mu lawan schalke. Perlawanan menarik dan mu menguasai dan mereka sumbat dua gol berbalas satu pada separuh masa pertama. Aku hanya tengok separuh masa pertama kerana penat dan tak mahu duduk lama kat kedai mamak.
Langgan:
Ulasan (Atom)